Write For Us

Mahu beli 10 kapal tempur dari China tapi kerajaan potong bajet hospital, dakwa DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
181 Views
Published
Keputusan Malaysia untuk membeli 10 buah kapal tempur persisir daripada China dengan kos RM3 bilion, dipertikaikan.
Ahli Parlimen DAP-Kampar, Dr Ko Chung Sen mendakwa tindakan membeli kapal itu dilihat tidak memberi faedah memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong bajet hospital kerajaan sehingga RM300 juta.
Dengan pertikaian wilayah di Laut China Selatan dengan China, keputusan Malaysia membeli kapal tempur pesisir dari negara berkenaan amat mengejutkan, kata wakil rakyat DAP itu.
"Kos sebuah kapal tersebut adalah cukup untuk membeli ubat-ubatan penting pada kadar RM20 sebulan untuk 15 juta orang pesakit.
"Ini sama dengan membekalkan ubat bernilai RM20 sebulan kepada separuh penduduk di Malaysia. Apalah faedah membeli kapal peronda bila mana rakyat tidak boleh mendapat ubat-ubatan penting?
"Jelas sekali bahawa perdana menteri tidak menjaga kesihatan negara dengan memotong dana bagi setiap preskripsi sebanyak 24 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut laporan, Malaysia akan membeli kapal tempur pesisir dari China dalam kunjungan Najib ke Beijing minggu depan.
Pembelian kapal peronda itu, sekiranya diteruskan, akan menjadi pembelian pertahanan terbesar Malaysia dengan China, ketika suasana di Laut China Selatan tegang akibat persaingan antara Amerika Syarikat dan China untuk pengaruh di rantau itu.
Dalam pembentangan belanjawan 2017 minggu lalu, Najib mengumumkan peningkatan sebanyak 7.8 peratus peruntukan bagi Kementerian Kesihatan iaitu dari RM23.031 bilion pada 2016 kepada RM24.8 bilion.
Namun bagi Perkhidmatan dan Bekalan, peruntukan untuk pembelian ubat-ubatan dikurangkan sebanyak 18.98 peratus- pengurangan sebanyak RM302,839,900 iaitu dari RM1,595,601,600 ke RM1,292,761,700.
Ekoran itu, dijangkakan pengurangan kos preskripsi sebanyak RM16.83- satu potongan besar sebanyak 24 peratus bagi setiap preskripsi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment