Write For Us

Belajar dari China: Msia beli, mereka hasilkan - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Rakyat Malaysia perlu banyak belajar daripada China terutamanya dalam menghasilkan barangan sendiri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata pada masa ini rakyat Malaysia hanya berminat menjadi pengguna sedangkan penduduk di republik itu belajar menghasilkan produk mereka sendiri.
Katanya, China pada masa ini menghasilkan lebih banyak barangan berbanding Eropah dan Amerika Syarikat seperti syarikat Da Jiang Innovations (DJI) yang merupakan pengeluar 70 peratus dron di dunia.
"Di Malaysia, sudah tentu kami sangat berminat untuk membeli dron, untuk menggunakan dron, tetapi kami tidak berminat untuk belajar bagaimana membuat dron dan menjual dron. Itulah cara yang berbeza untuk melihat sesuatu perkara.
"Rakyat Malaysia mahu menggunakan barang berkualiti terbaik dan mereka selalu menganggap bahawa kualiti terbaik mesti datang dari negara lain.
"Tetapi orang China di sini, mereka mahu belajar. Mereka mahu membina barangan berkualiti terbaik, tetapi mereka mahu menghasilkannya sendiri. Kerana itu, mereka telah menjadi kilang untuk seluruh dunia.
"Rakyat Malaysia masih banyak belajar. Kami menghasilkan beberapa benda, tetapi terlalu sedikit,"katanya ketika mengadakan pertemuan tengah hari dengan pemimpin perniagaan Malaysia di Beijing hari ini.
Ucapannya disiarkan secara langsung oleh RTM menerusi halaman Facebooknya.
Mahathir berkata beliau berharap dengan lawatan ke China, pemimpin perniagaan akan melihat perbezaan sikap.
"China berkembang dengan pesat dan mengatasi kami dengan cepat kerana mereka mempunyai sikap yang berbeza terhadap Malaysia.
"Malaysia mahu menjadi pengguna, China mahu menjadi pengeluar. Dan pada akhirnya, pengeluar menang; pengguna hanya menghantar wang keluar negara,"katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment