Write For Us

Rancangan beli jet China hanya cadangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan untuk membeli jet pejuang China jika Kesatuan Eropah (EU) tetap mahu mengharamkan bahan bakar bio sawit hanyalah cadangan.
"Itu cuma cadangan, kita belum buat apa-apa keputusan," katanya kepada pemberita di Universiti Putra Malaysia hari ini selepas menghadiri perjumpaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan mungkin terpaksa membeli jet pejuang dari China jika Kesatuan Eropah (EU) tetap mahu mengharamkan bahan bakar bio sawit.
"Jika mereka (EU) tetap mahu ambil tindakan terhadap kita, cuba memiskinkan kita, kita akan terpaksa menimbang untuk membeli kapal terbang daripada China atau mana-mana negara lain.
"Kita tidak perlu kapal terbang yang terlalu sofistikated, kita cuma perlu (kapal terbang) Cessna," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir hari ini berkata kerajaan tidak berminat untuk membeli sebarang jet.
"Kita mungkin tak beli jet langsung," katanya.
Dr Mahathir juga mengesahkan akan berbincang dengan Indonesia yang juga merupakan negara pengeluar minyak sawit utama, berhubung perkara itu.
Semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa EU mengharamkan minyak sawit kerana ia lebih murah berbanding minyak berasaskan soya yang dihasilkan negara EU, selain alasan penjarahan hutan, habitat hidupan liar, dan kesan terhadap masyarakat Orang Asli.
Pengerusi PH itu mendakwa, EU membantah penjarahan hutan kerana mahu negara yang tidak bergitu membangun mengekalkan hutan untuk menghasilkan oksigen.
Parlimen Eropah kini dalam proses mengharamkan penggunaan minyak sawit untuk bahan bakar bio, dengan Iceland, yang merupakan salah satu negara peruncit pasar raya utama UK, sudah berhenti menggunakan minyak sawit produk sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment