Write For Us

Tun M hanya momok ada 700,000 warga China undi PRU14

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
119 Views
Published
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memomokkan rakyat di negara ini bahawa terdapat 700,000 warga China yang mahu mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ia berhubung tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas kritikan Dr Mahathir berhubung projek Forest City melibatkan pemaju China
"Bagaimana Dr Mahathir berkata projek Forest City itu akan membawa lebih 700,000 warga China. Dan kemudian berkata mereka yang dibawa ke Malaysia itu untuk undi dalam pilihan raya akan datang. Kemudian dia cerita lain.
"Tetapi pada asalnya, ia hanya di momokkan bahawa 700,000 warga China akan digunakan kerajaan BN yang jahat ini untuk mengundi dalam PRU14,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment