Write For Us

Guan Eng dedah rancangan pinjam wang dari China

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan rasional rancangan kerajaan negeri untuk meminjam wang dari negara China bagi pembangunan infrastruktur dan LRT.
Lim berkata penjualan tiga buah pulau yang ditebus guna memerlukan masa selama dua tahun untuk mendapat pulangan kewangan.
Justeru itu, kata Lim, sementara menunggu pulangan dua tahun itu, langkah meminjam wang daripada China dilihat wajar setelah mengambil kira faktor faedah yang dikenakan amat rendah.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- 'Kita pinjam dari negara China, Najib jawab surat saya'
Semalam, Lim berkata kerajaan negeri berhasrat untuk meminjam wang daripada bank milik kerajaan China, dan bukan institusi kewangan swasta.
Kata Lim, prosedur itu harus diluluskan oleh pihak berkuasa China dan Malaysia kerana ia melibatkan rundingan kerajaan dengan kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment