Kebanyakan rakyat Malaysia masih keliru tentang apa yang dimaksudkan dengan liberalisme dan idea liberalisme itu sendiri.
Menurut Ehsan Shahwaid dari Merdeka Centre, hasil tinjauan yang dilakukan mendapati hanya 15% rakyat Malaysia memahami maksud liberalisme sementara 74% lagi tidak faham dan selebihnya 11% lagi tidak pasti.
Tinjauan itu dijalankan ke atas 1,206 pengundi berusia 21 tahun dan ke atas menerusi panggilan telefon di seluruh Malaysia, dari 26 November hingga 4 Disember 2017.
Tinjauan itu mempunyai 11 soalan yang antaranya mengenai persepsi dan pemahaman rakyat Malaysia tentang liberalisme tanpa membandingkannya dengan tafsiran liberalisme yang diterima umum.
Hasil tinjauan itu dibentangkan dalam forum “Liberalism in Politics, Social and Economic” di Kuala Lumpur hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment