Write For Us

Majoriti rakyat Malaysia tolak Anwar Ibrahim, dakwa aktivis PN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
23 Views
Published
Aktivis politik Perikatan Nasional Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa bahawa majoriti rakyat Malaysia menolak Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Perkara itu beliau nyatakan ketika sidang media bersama-sama NGO Islam selepas penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon campur tangan baginda berhubung kerajaan yang dikatakan "gagal" oleh mereka.

Sementara itu wakil NGO Pembela Aminuddin Yahaya mendakwa keadaan ekonomi Malaysia menyebabkan penderitaan berleluasa, dan harga barangan asas melambung tinggi tidak terkawal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment