Write For Us

Maklumat ahli PKR tidak pernah didedahkan pada mana-mana pihak - Saifuddin

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
91 Views
Published
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata maklumat anggota parti itu tidak pernah didedahkan kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun beliau berkata maklumat setiap ahli parti itu tidak sukar diperoleh jika ada mana-mana pihak berkehendak untuk mendapatkannya dengan cara menghubungi individu dan mereka yang terbabit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri PKR dan perjumpaan tertutup bersama pemimpin dan cabang PKR Sabah, pada Ahad.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar serta pemimpin PKR negeri.
Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan bahawa penyebaran video lucah membabitkan beliau (Mohamed Azmin) disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan pemimpin peringkat bawahan PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment