Write For Us

Tiada pengumuman projek diumumkan oleh mana-mana pihak semasa kempen PRK Tg Piai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng bahawa tiada pengumuman projek diumumkan oleh mana-mana pihak semasa kempen PRK.
"Tiada pengumuman projek diumumkan oleh mana-mana pihak semasa kempen PRK. Walaupun Yang Berhormat (Wee) sendiri telah melihat dalam video yang telah pun berjanji kepada pengundi di kawasan itu membawa ke umrah,” kata Liew kepada Wee ketika menjawab soalan beliau meminta kerajaan terhadap komitmen kerajaan mengenai segala peruntukan dan bantuan yang diumumkan sepanjang kempen PRK Tanjung Piai.
Bagaimanapun, Wee menjelaskan bahawa beliau tidak berjanji akan menghantar pengundinya mengerjakan umrah sebaliknya hanya memberitahu telah pun menghantar pengundi di Tanjung Piai semasa menjadi ahli parlimen sebelum PRU14.
"Kerajaan terus berkomited untuk melaksanakan semua peruntukan yang telah diumumkan untuk kawasan Tanjung Piai kerana ia memberi manfaat kepada rakyat dan juga pengundi di Tanjung Piai."
"Terdapat 17 projek bernilai RM14.75 juta telah diluluskan semasa Allahyarham Mohamed Farid Md Rafiq semasa menjadi MP PH.
“Dan 10 projek bernilai RM5.72 juta sebelum kempen bermula pada 2 Nov menjadikan jumlah 27 projek bernilai RM20.47 juta," katanya.
"Semua projek sekarang ini berada dalam pelbagai peringkat melibatkan reka bentuk dan perolehan.
“Tempoh pelaksanaan adalah antara satu bulan hingga 24 bulan bergantung jenis projek dan kos," tambahnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment