POLIS berjaya melumpuhkan sindiket memproses dadah jenis heroin didalangi empat lelaki dan seorang wanita yang beroperasi di sebuah rumah sewa di Klebang, Ipoh.
Dalam operasi bermula jam 6.25 petang hingga 7.10 malam, Jumaat lalu, dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perak itu turut berjaya merampas 43.5 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan 66.3 kg serbuk kafein.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, semua dadah dirampas membabitkan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM603,000.
Katanya, selain dadah, pihaknya turut menemui pelbagai peralatan memasak dadah dan merampas wang tunai, jam tangan, barang kemas serta kenderaan keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM379,000.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Isnin, 25 November.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment