Write For Us

Malaysia-Myanmar: Hubungan diplomatik kekal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Malaysia tidak akan terburu-buru memutuskan hubungan diplomatik dan pelaburan serta perdagangan dengan Myanmar sebagai protes kekejaman pimpinan negara itu terhadap etnik Rohingya.
Katanya, langkah berkenaan dikhuatiri memburukkan keadaan dan menutup ruang buat Malaysia membantu etnik Rohingya yang ditindas di Rakhine.
"Jika kita putuskan hubungan diplomatik, ia menyempitkan ruang dan keupayaan menghulur bantuan kepada mereka yang ditindas di wilayah Rakhine secara langsung atau tidak langsung. Malah, tanpa hubungan diplomatik, sudah pasti badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Mercy Malaysia tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Reezal berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung pendirian kerajaan terhadap pelaburan syarikat GLC, GLiC dan swasta di Myanmar.
Menjawab soalan sama ada kerajaan akan melucutkan penganugerahan diberi kepada Ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, Reezal Merican berkata, ada tiga situasi membolehkan ia ditarik semula.
"Ia boleh dilucutkan jika individu itu disabit kesalahan penipuan, kejujuran atau kesalahan berkaitan jenayah, dilucutkan kewarganegaraan atau Yang di-Pertuan Agong berpandangan ia wajar dilucutkan.
"Ketika ini, belum ada cadangan daripada kerajaan atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melucutkan penganugerahan itu," kata Reezal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment