Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.
Semasa menyampaikan ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Najib yang juga Presiden Umno yakin dan percaya umat Islam tidak dapat menerima sampai bila-bila cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga kota suci umat Islam itu sebagai ibu negara Israel.
Media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, setelah Amerika Syarikat melaksanakan dasar berhati-hati sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahkan amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment