Write For Us

PAS tolak cadangan Muhyiddin, tak mahu DAP dan AMANAH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.
Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.
Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS akan kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment