Write For Us

Azmin sedia timbang cadangan PKR bergabung dengan AMANAH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Ketika cadangan penggabungan parti ditolak mentah-mentah dua pemimpin PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Azmin Ali pula sebaliknya berkata, ia wajar dipertimbangkan.
Kata timbalan presiden PKR itu ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.
Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran program pengangkutan awam sekali seminggu hari ini.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi" yang diharapkan.
Sebelum ini Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyatakan cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.
Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.
Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, serta Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment