Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak cadangan Pemuda AMANAH yang mahu Azmin melakukan rombakan kabinet bagi mengetepikan PAS.
"Kerajaan PKR, DAP dan PAS mempunyai kewajipan untuk menghabiskan tempoh penggal sebagai kerajaan Selangor.
"Ini adalah mandat yang diberikan kepada kamidan saya perlu pertahankan," kata Azmin.
Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Nasional AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini mencadangkan Azmin supaya segera melakukan rombakan kabinet dengan mengetepikan PAS.
Kata Shazni, ‘bola’ kini berada di kaki Mohamed Azmin sama ada mahu terus bersangka baik dengan PAS atau merombak kabinet Selangor bagi mengukuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, setelah berkerat rotan dengan AMANAH dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam kabinet negeri,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, jika persediaan ke arah peralihan kerajaan sedang dibuat, keempat-empat parti dalam HARAPAN iaitu PKR, AMANAH, DAP dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) boleh memikul tanggungjawab untuk tujuan tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment