Write For Us

Mana FGV RM4.3 billion ?, MOF akan 'siasat' - Johari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad mengenai kehilangan RM4.3 billion hasil Felda Global Ventures (FGV), Menteri Kewangan 2 Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu pemberita di Cheras yang beliau akan meneliti perkara itu.
 
Beliau berkata, wang itu mungkin telah pergi ke dalam hartanah atau saham pelaburan.
 
"Saya fikir kita kena tengok nanti. Mungkin mereka telah membuat pelaburan, dan jika mereka mempunyai, kita mahu melihat apa pelaburan yang telah dibuat.
 
"Jadi Shahrir ada dekat situ, elok dia tengok, tanya bahagian kewangan Felda. Tanya jabatan kewangan Felda dan ketahui pelaburan dibuat.
 
"Tidak mengapa. Kemudian saya akan teliti, "katanya.
Pengerusi Felda yang baru dilantik Shahrir harini mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.
"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.
"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.
"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya, lapor Sinar harian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment