Write For Us

'Mana tak bantu Ayah nak buat live, biar PM tahu apa kerja YB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berazam mahu 'turun padang' meninjau kawasan kampung di seluruh Malaysia bagi memastikan setiap wakil rakyat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Abdul Rani, yang mesra dikenali sebagai Ayahanda Arka, berkata beliau tidak mewakili mana-mana parti tetapi hanya berjuang dalam platform NGO yang disertainya.
Sekiranya ada wakil rakyat tidak membantu penduduk kawasan mereka, kata Abdul Rani, beliau akan membuat 'FB live' supaya perkara itu mendapat pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Rani berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik secara langsung di Facebooknya pada 26 Julai lalu ketika berkunjung ke Seri Iskandar, Perak.
Beliau juga menekankan keperluan perkhidmatan Internet yang kini tidak ada bagi penduduk luar bandar.
Dalam pada itu, Abdul Rani turut memuji keindahan kawasan Seri Iskandar dan menyarankan agar wakil rakyat di situ dikekalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment