Write For Us

Manogaran diusir pakai baju berlogo PH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Pegawai SPR mengiringi M Manogaran keluar dari pusat pengundian di SK Senderut, Jelai, Cameron Highlands kerana memakai baju dengan logo Pakatan Harapan, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya.
Di SK Betau di Jelai, calon BN Ramli Mohd Nor berkata beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai tindakan calon DAP itu.
Pemangku timbalan presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, yang mengiringi Ramli melawat beberapa pusat mengundi, mendakwa tindakan Manogaran menunjukkan PH tidak lagi peduli untuk mengikut peraturan setelah mengambil alih kerajaan persekutuan pada PRU lalu.
Ismail berkata beliau berharap badan pemantau pilihan raya, Bersih akan mengambil tindakan terhadap PH seperti yang dilakukannya kepada BN pada masa lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment