Write For Us

'Dia mimpi Tok Guru pakai baju belakang gambar Dr M'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Majlis sembang santai bersama calon DUN Chempaka Nik Omar Nik Abdul Aziz meriah apabila seorang penduduk Shah Alam bertanyakan tentang cerita mimpi seorang pemimpin PAS yang melihat bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan dalam keadaan kaki sebelah.
Tanpa mengulas lanjut, Nik Omar berkata ada seseorang menceritakan kepadanya bahawa dia bermimpi 'Tok Guru' yang hanya memakai baju-T di mana belakang baju itu tertera gambar Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Omar berkata demikian dalam program sesi santai di Shah Alam, Selangor hari ini.
- Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar
Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan bermimpi melihat bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan dalam keadaan kaki sebelah.
Perkara itu didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu ucapannya pada 28 April lalu iaitu sempena hari penamaan calon PRU ke-14.
Pada hari itu anak kedua Nik Abdul Aziz, Nik Omar, muncul sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding di DUN Chempaka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment