Write For Us

Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
176 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ketika ini bukanlah mencari kebenaran sebaliknya mempunyai matlamat lain.
Kata bekas perdana menteri itu jika ada sesuatu laporan polis dibuat ke atas anggota atau penyokong pembangkang, polis akan menjalankan siasatan dengan segera, malah menubuhkan RCI dengan tergesa-gesa.
"Tetapi sebenarnya bukanlah kebenaran dikejar, tetapi gambar (seseorang) memakai pakaian lokap yang diutamakan," katanya di Muar, Johor malam tadi.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berucap di depan kira-kira 2,500 orang penyokong yang menghadiri majis sambutan ulang tahun pertama parti berkenaan.
Johor dianggap satu daripada negeri yang berpotensi menyediakan tapak kepada pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), terutama dengan pembabitan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden BERSATU.
Muhyiddin juga adalah bekas menteri besar Johor.
Kata Dr Mahathir dengan langkah itu rakyat ditakutkan walaupun mereka tidak bersalah.
Pada masa sama katanya isu yang yang sudah diselesaikan berpulih-puluh tahun lalu diungkit dan "dikorek" semula.
"Sebaliknya jenayah yang dilakukan sekarang bebas daripada siasatan, bahkan (dilindungi) daripada perbincangan secara terbuka," katanya.
Sebuah RCI kini sedang mengendalikan siasatan isu kerugian Bank Negara daripada aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) yang berlaku pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an.
Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika aktviti forex itu berlaku, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment