Write For Us

MARA bermesyuarat tanpa kehadiran Anuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Kumpulan petugas media yang menunggu Tan Sri Annuar Musa sejak awal pagi di pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di ibu negara hampa apabila pengerusi majlis itu yang digantung tugas tidak kunjung tiba.
Bagaimanapun, Annuar yang juga ketua penerangan Umno berkata beliau tidak tahu menahu sama berkaitan siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman MARA hari ini.
Semalam pengerusi sementara MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) Datuk Dr Yusof Yacob berkata anggota Jawatankuasa audit dalaman majlis itu akan bermesyuarat hari ini dan akan memanggil Annuar.
Yusof berkata, untuk berlaku adil, Annuar dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.
MARA minggu lalu menggantung jawatan Annuar serta merta. Beliau juga disoal siasat empat jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjajahan majlis itu.
Sementara itu dalam WhatsApp ringkas, MARA tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi pada hari ini dan pihaknya akan menghubungi media sekiranya ada kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment