Write For Us

'Panel disiplin universiti tidak adil, buat prosiding tanpa kehadiran Anis'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Mahasiswa Jurusan Undang-Undang tahun terakhir, Marcus Lee Min Lun berkata, hukuman terhadap Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN), Anis Syafiqah Md Yusof akan diumumkan secara bertulis dalam masa 14 hari berhubung penglibatannya dalam perhimpunan baru-baru ini.
Kata Marcus, beliau mendapati prosiding panel tatatertib universiti mempunyai banyak kelemahan sejak bersidang Rabu minggu lalu, yang dilihat tidak adil.
Beliau ditemui bersama Anis Syafiqah selepas prosiding Panel Tatatertib Universiti Malaya berhubung aktivitinya menyertai perhimpunan aman, hari ini.
Marcus juga menegaskan bahawa perhimpunan yang dihadiri Anis sebelum ini sah di sisi undang-undang kerana tidak mencemar nama baik universiti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment