Write For Us

'Tak adil gantung kami tanpa pendengaran'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Khoo Ham berpendapat, penggantungan dirinya serta dua anggota parlimen DAP yang lain oleh Speaker Dewan Rakyat sebagai tidak adil.
Ini kerana, menurut Ngeh, Speaker sepatutnya melakukan sesi pendengaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Sidang media itu turut dihadiri Anggota Parlimen Baru Gajah V Sivakumar.
Bagi Sivakumar pula, beliau berpendapat Parlimen merupakan tempat untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat.
Justeru, katanya, perkara yang dibangkitkan mereka bukan bertujuan untuk mencabar speaker sebaliknya membawa soalan-soalan yang sering diajukan rakyat.
- Hampir 'kecoh', 3 MP digantung 10 hari
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee hari ini menggantung tiga anggota parlimen DAP berkenaan selama sepuluh hari selepas mereka enggan memohon maaf terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ronald berkata tindakan Ngeh, Sivakumar dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) adalah satu penghinaan kepada speaker yang melaksanakan tugasnya dan sehubungan itu, juga adalah satu penghinaan kepada parlimen.
Ia susulan keputusan Pandikar yang menolak usul segera mereka berhubung isu rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment