Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi melahirkan rasa pelik terhadap sistem demokrasi pilihan raya dalam negara apabila melihat negara jiran seperti Thailand, yang jelas menetapkan tarikh pilihan raya umum akan datang setiap kali pilihan raya negara tersebut tamat.
Di Malaysia, kata Khalil, yang tahu tarikh pilihan raya adalah Perdana Menteri.
"Kita sekarang berada di ambang pilihan raya. Bila-bila masa pilihan raya diadakan.
"Peliknya demokrasi pilihan raya dalam negara kita. Kalau kita tengok negara jiran, Thailand, lepas habis sahaja pilihan raya umum, akan diisytiharkan terus bilakah masanya pilihan raya umum akan datang.
"Di negara kita, yang tahu pilihan raya umum hanya perdana menteri. Dia tahu nak buat bila," katanya ketika berucap di sebua ceramah 'Gegar Fastaqim 2.0' pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Khalil mengkritik tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membuat sidang tergempar semata-mata mahu mengumumkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.
"Rakyat tertanya-tanya. Baru ini ingat nak umum pilihan raya dah. Sebar dalam WhatsApp, sebar dalam Facebook dan buat sidang akhbar tergempar. Habis riuh rendah.
"Tiba-tiba yang diisytiharkan Mat Taib masuk Umno. Kalau sekadar Mat Taib masuk Umno, baik umum dalam WhatsApp," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment