Write For Us

'Kata diculik tak masuk akal' - Taib Mahmud tak dilarikan - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
38 Views
Published
Dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin berkata hal ini kerana keberadaan Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.

Pada lewat petang Sabtu lalu, Taib yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, didakwa telah diculik oleh isterinya Raghad Kurdi.

Susulan itu, Raghad mengeluarkan kenyataan di akaun Instagramnya menafikan dia membawa Taib keluar dari hospital, bertentangan dengan nasihat doktor.


Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/754931249891226
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment