Write For Us

Cadangan 'kutip dana awam' tak masuk akal, kata DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng menempelak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berhubung cadangan untuk mewajibkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah infrastruktur.
Menurut Lim, rakyat Selangor tidak memerlukan seorang menteri yang sebaik sahaja dilantik dan terus berhasrat memerah rakyat yang sudah sedia terbeban dengan masalah kewangan.
Semalam, Noh dilaporkan berkata, PIBG di Selangor mungkin boleh menganjurkan aktiviti mengumpul dana tahunan bagi membiayai kos penyelenggaraan sekolah.
Kerajaan, kata Noh, telah memperuntukkan berbilion ringgit setahun untuk tujuan tersebut namun ia masih belum mencukupi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment