Write For Us

317 cadangan logo diterima dari orang awam, kata Fahmi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata jawatankuasa media HARAPAN telah menerima 317 cadangan logo daripada orang ramai berhubung reka bentuk baru gabungan itu.
"Sehingga jam 11 pagi tadi, kami menerima 317 permohonan ... Daripada mereka yang melakar pada kertas tisu kepada mereka yang mencadangkan penjenamaan keseluruhannya,” katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat-naik tiga draf logo HARAPAN di media sosial, dan meminta orang ramai untuk memilih satu daripadanya.
Walau bagaimanapun, reka bentuk cadangan logo itu menarik kritikan dan cemuhan.
Antara yang hadir pada mesyuarat sekretariat HARAPAN hari ini adalah Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Anuar Tahir dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment