Write For Us

Notis kutip semula dana 1MDB: 10 peratus setuju bayar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Kira-kira 10 peratus daripada 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan persetujuan untuk membayar kompaun selepas menerima notis pada 7 Oktober lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata mereka yang bersetuju itu sedia untuk membayar secara ansuran dan "ia akan dibincangkan kemudian".
Beliau berkata 40 peratus daripada individu dan entiti terlibat mahu mengambil tindakan mahkamah manakala 45 peratus lagi menghantar surat untuk membuat rayuan.
"Tiga individu tidak mahu terima notis kompaun," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini. Turut menyertai sidang media berkaitan pembolosan sempadan negara akibat daripada aktiviti rasuah itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
Azam berkata jumlah kutipan daripada 80 individu dan entiti itu akan diumumkan kemudian.
Ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan antara yang tersenarai dalam notis kompaun 1MDB itu, yang mempertikaikan cara pengiraan, Azam berkata SPRM mengikut undang-undang di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment