Write For Us

Kurang satu peratus dana RM150 bilion 1MDB berjaya dibawa pulang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa lebih kurang RM1.5 bilion wang dan aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan berjaya dibawa pulang setakat ini.
Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata jumlah itu hanya satu peratus daripada dana RM150 bilion berkaitan 1MDB yang dianggarkan oleh kerajaan sebagai hilang atau dicuri.
"Saya hanya boleh menjawab melalui apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) pada masa perbahasan Bajet (2020), di mana telah pun diumumkan bahawa lebih kurang dalam RM150 bilion, telah pun dilaporkan hilang atau pun dicuri.
"Di situ telah pun kembali ada RM1.5 bilion, jadi hanya kurang 1 peratus sahaja daripada RM150 bilion dibawa pulang daripada apa yang telah pun ditetapkan kerajaan," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment