Write For Us

Mata sakit tapi boleh berkempen? Ini respon Najib Razak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak tanpa menghiraukan keadaan matanya yang bengkak dilihat hadir memberi sokongan kepada calon gabungan parti itu, Wee Jeck Seng yang bertanding pada.pilihan raya kecil parlimen kali ini.
Ditanya pemberita berkenaan keadaan kesihatannya, Najib memberitahu matanya sudah hampir pulih namun masih “merah” sedikit.
“Mata saya bengkak sikit, cuti sakit saya cuma satu hari saja.
“[...] tetapi saya dah makan ubat, sudah makin pulih,” katanya ketika ditemui pada hari pencalonan di Dewan Jubli Intan, Pontian Johor, hari ini.
Pada Jumaat lepas bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi tidak dapat menghadiri prosiding mahkamah kerana masalah mata.
Namun beliau dilihat mampu turun padang ke Tanjung Piai untuk berkempen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment