Write For Us

"MB Selangor, jenguklah di sini kami pun mengundi," kata penduduk

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Penduduk Taman Kelab Ukay di Bukit Antarabangsa kesal apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak langsung muncul melihat permasalahan yang berlaku berhubung pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).
Ahli Jawatankuasanya, Surender Singh berkata walaupun surat telah dihantar kepada Azmin, namun tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan negeri untuk menggesa supaya projek tersebut diberhentikan.
Projek EKVE sepanjang 24.16km yang bernilai RM1.55 bilion itu menghubungkan Sungai Long di Kajang dengan Ukay Perdana, Ampang.
Semalam terdapat satu lagi rekahan baru selepas terjadinya rekahan yang serius kelmarin.
Kerja-kerja melebarkan jalan projek itu dijangka siap tahun depan, manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2019.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment