Write For Us

Menteri: Kadar elektrik Semenanjung kekal sehingga 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Kadar tarif tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia akan kekal sehingga 2020, manakala kadar di Sabah dan Labuan kekal sehingga 30 Jun tahun depan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengekalan kadar itu adalah usaha ikhlas kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
"Tekad mengekalkan tarif tenaga elektrik semasa jelas menunjukkan kejujuran dan keprihatinan kerajaan yang sentiasa meletakkan soal kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai perkara utama.
"Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup di kalangan rakyat," katanya seperti dipetik NST, hari ini.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Kabinet yang turut bersetuju memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk subsidi tenaga elektrik di semenanjung Malaysia.
Sejumlah RM1.631 bilion pula telah diberikan untuk subsidi bagi Sabah dan Labuan bagi tempoh Mac 2015 sehingga Jun 2018, kata laporan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment