Write For Us

Menteri: Kadar pengangguran meningkat kepada 3.5% pada suku pertama 2020

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
68 Views
Published
Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 3.5% pada suku pertama 2020 berbanding 3.3% tahun lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali hari ini.

Bercakap pada Majlis Pelancaran Laporan Produktiviti 2020, beliau berkata kenaikan pengangguran mencerminkan kesan wabak Covid-19 kepada perniagaan disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sementara itu, prestasi produktiviti buruh meningkat 2.2% pada tahun lalu berbanding 3.4% pada tahun 2018.

"Dari segi produktiviti buruh per pekerja, Malaysia mencatatkan produktiviti sebanyak AS$68,473, mengatasi Thailand, Indonesia, China dan Vietnam," tambahnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment