Write For Us

Menteri nafi calon SPA dipilih kerana ada 'kabel'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahu mencari calon yang berketerampilan, mahu bekerja secara berpasukan, mempunyai nilai kepemimpinan, jati diri dan profesionalisme ketika sesi temuduga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata ciri-ciri tersebut perlu dilihat selain nilai gred kumulatif (CGPA) yang dimiliki calon.
"Ada beberapa ciri yang kita lihat, selain kelulusan akademik pemohon seperti semasa temu duga terutama keterampilan.
"Calon dinilai sama ada mahu bekerja secara berpasukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, jati diri serta profesionalisme," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Datuk William Nyalau (BN-Lubok Antu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pagi ini.
Dalam pada itu, Joseph juga menolak dakwaan bahawa ada calon dipilih kerana mempunyai kenalan atau sokongan dari Menteri atau orang kenamaan.
"Melalui saya, tidak ada (isu ini). Tetapi melalui pegawai, kalau dia sembunyikan dari saya, saya tidak tahu.
"Tetapi setahu saya, memang yang kita pilih adalah terbaik. Seperti saya katakan agak senang untuk kita pilih mengisi 30,000 kekosongan ini daripada sejuta lebih yang memohon," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
Terdahulu, Joseph berkata SPA menerima sebanyak 1.56 juta permohonan pada tahun lepas bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam.
Katanya, bagi memastikan hanya calon yang berkualiti terpilih, setiap permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan yang ketat.
Beliau berkata jumlah permohonan yang tinggi setiap tahun itu memudahkan SPA membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment