Write For Us

Menteri perjelas pertemuan pemilik KFC isu naik harga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution menjelaskan kementeriannya telah bertemu pemilik KFC QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) berhubung kenaikan harga makanan segera itu seperti yang tular di media sosial.
Pada pertemuan Jumaat lepas, antara faktor kenaikan harga yang dibangkitkan oleh syarikat tersebut adalah peningkatan kos dalam rantaian pengeluaran.
Seperti dilaporkan sebelum ini, satu notis mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu adalah bagi meminta penjelasan daripada QSR Brands berhubung kenaikan harga tersebut.
Biarpun telah melakukan pertemuan tersebut, pihak QSR Brands tetap perlu menghantar jawapan bertulis terhadap pihak kementerian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment