Write For Us

'Menteri, tolong tengok betul-betul kes ini'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
251 Views
Published
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan PPIM menerima sebarang bayaran daripada McDonals's Malaysia
Ia susulan tular sebuah video di laman sosial Facebook baru-baru ini yang menuduh PPIM menerima wang sogokan daripada syarikat gergasi makanan segera itu untuk menutup aduan yang diterima memandangkan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak PPIM ke atas aduan tersebut.
Mengulas lanjut Nadzim berkata beliau didatangi pengadu yang mendakwa telah didiskriminasi namun PPIM tidak dapat menerima kes itu kerana PPIM tidak mempunyai kekuatan untuk menanangi kes komersial seperti itu.
Justeru PPIM meminta kerajaan baru untuk masuk campur dan menyiasat mengenai perkara ini serta industri francais yang mempunyai masalah sejak sekian lama.
Dalam masa yang sama Nadzim mendesak blogger yang membuat tuduhan terhadap PPIM untuk menarik balik laporan itu atau berdepan tindakan saman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment