T-shirt Sayap Pemuda BERSATU (ARMADA) telah diedarkan secara percuma di kalangan agen-agen provokasi yang didakwa sebelum acara Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam hari ini kata Ketua ARMADA, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Syed Saddiq berkata niatnya adalah untuk mereka mensabotaj program yang dianjurkan dan menyebabkan kecederaan kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Terdapat unsur sabotaj yang sistematik... Kami percaya ia bertujuan untuk mensabotaj program ini dan mencederakan Mahathir.
"Dari siasatan polis awal, mereka memakai baju t-shirt Armada," katanya pada sidang akhbar selepas kekecohan dalam majlis Nothing To Hide reda.
Keadaan menjadi tidak terkawal selepas penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.
Sekurang-kurangnya dua suar dinyalakan di lokasi berkenaan oleh individu tidak dikenali, menyebabkan kepulan asap memenuhi dewan.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila berlaku pergelutan antara penyokong BERSATU dan individu yang melakukan provokasi berkenaan sehingga keluar dewan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment