Write For Us

'Nak saman memang lambat, bawa lari kerusi memang cepat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata parti itu sedang dalam proses menfailkan saman terhadap portal Sarawak Report di London berhubung dakwaan pada Ogos lalu, bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Idris berkata proses tersebut lambat ekoran faktor mahkamah di London amat berbeza dengan mahkamah di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Jelasnya lagi, PAS juga akan melancarkan tabung derma di kalangan ahli PAS bagi sumbangan pembiayaan kos saman tersebut.
PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London.
Saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment