Write For Us

Mesej Jamal buat Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ingin memaklumkan bahawa sistem perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) yang baru memulakan perkhidmatannya 17 Julai lalu adalah pengangkutan terbaik di dunia.
Kata Jamal, mesej yang ingin disampaikan melalui perjalanannya bersama 'ketua pembangkang' supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh menggunakan MRT tanpa menempuh kesesakan di jalan raya, untuk melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kajang ke penjara Sg Buloh.
"Saya ingin memaklumkan kepada wakil rakyat Kajang supaya selepas ini mudahlah beliau untuk berjumpa dengan suami beliau yang berada di Sg Buloh, tak payah susah-susah lagi nak melalui jalan yang sesak, boleh naik MRT terus ke Kajang.
"Ini yang saya ingin sampaikan pada hari ini bahawa pengangkutan MRT adalah pengangkutan terbaik," katanya.
- Aksi Jamal bawa 'Wan Azizah' naik MRT ke Sg Buloh
Jamal yang memang terkenal dengan gimik politiknya menaiki tren MRT dari stesen Stadium Kajang selepas tiba di situ kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Diiringi beberapa pengikutnya, mereka membawa beberapa replika berupa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Pada replika itu tertulis ayat: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment