Write For Us

Takut 'dicincang' Jamal, Zuraida buat laporan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
177 Views
Published
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berkata, 50 laporan polis akan dibuat di seluruh negara terhadap Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kejadian yang berlaku di Ampang Point, Sabtu lalu.
Katanya laporan polis itu dibuat kerana katanya Jamal telah bertindak kasar terhadap tiga pengikutnya.
“Laporan polis itu yang mana saya sendiri akan buat. Ia kerana Jamal telah membuat ugutan dan ancaman kepada anggota-anggota saya yang dia nak cincang-cincang.
“Jadi dia (Jamal) adalah orang yang berbahaya… Kita ada 50 laporan yang kita akan buat kerana Jamal pengikut saya telah dikasari oleh baju merah pada 13 hari bulan lalu,” katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.
Zuraida hari ini turut membuat laporan polis terhadap Jamal dan disertai kira-kira 20 pengikutnya yang lain.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment