Write For Us

Zuraida desak polis kurung Jamal kerana sangat buas, merbahaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata susulan ugutan yang diterima daripada Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam, beliau akan membuat laporan polis pada 10 pagi esok di IPD Ampang.
Kata Zuraida, laporan polis itu juga turut digerakkan di seluruh negara.
"Dia ancam kita nak cincang, ambil darah. Jadi kita akan buat laporan polis esok pukul 10 pagi di Ampang dan di seluruh negara.
"Sudah tiba masanya Ketua Polis Negara bertindak mengurung Jamal yang sangat buas dan berbahaya ini dengan pelbagai siri ugutan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Terdahulu, Zuraida Kamaruddin memberi masa 48 jam kepada Jamal untuk menarik balik dakwaan yang mengatakan ketua wanita PKR itu memukulnya.
Malah, dalam Surat Tuntutan Zuraida kepada Jamal, beliau juga menggesa agar Jamal yang merupakan ketua kumpulan Baju Merah supaya membuat permohonan maaf seperti masa yang ditetapkan.
Menurut Zuraida lagi, pihak peguamnya telah fax Surat Tuntutan tersebut ke ofis Jamal tengah hari tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment