Write For Us

MGNews: Anak Allah? Jangan Usik Agama Kalau Mahu Senang - Rani Kulup

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu agama yang berbangkit sepatutnya membuat laporan polis, supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Kata Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah ini kerana, tindakan diambil sendiri seperti pergaduhan sekumpulan penghantar makanan bergaduh dengan pelanggan yang menggunakan nama 'Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’ pada akhirnya mengundang padah.

Jelas beliau, sepatutnya ketidakpuasan hati dizahirkan dengan laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

Menurutnya isu sensitiviti agama akan semakin buruk sekiranya video-video pergaduhan tersebar meluas menerusi laman sosial, seperti yang berlaku baru-baru ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment