Write For Us

Rani Kulup berang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
184 Views
Published
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap akhbar The Star, yang didakwa menghina umat Islam di negara ini.
Ini susulan laporan muka depan akhbar itu semalam yang memaparkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' bersama-sama gambar umat Islam sedang bersembahyang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramada.
"Saya tidak mengata The Star ini biadap, yang sebenarnya biadap orang-orang KDN yang tidak ambil tindakan tegas.
"Star tak ada masalah, ok. Dia cuba untuk membuat sesuatu yang baru, termasuk Nanyang Siang Pau baru-baru ini, tiada tindakan pun.
"Nanyang Siang Pau boleh hina orang-orang Islam, pemimpin Melayu dan RUU355, tak ada pun diambil tindakan. Maknanya bukan akhbar yang biadap tetapi orang KDN itu sendiri kerana tak reti ambil tindakan undang-undang.
"Tutup terus The Star tu, apa masalah!" berang Abdul Rani.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis berhubung isu itu di IPD Dang Wangi, hari ini.
Terdahulu, The Star dalam permohonan maaf disiarkan di laman webnya hari ini berkata ia adalah amalan biasa bagi akhbar itu menyiarkan gambar solat Tarawih pada hari pertama Ramadan.
Katanya, secara kebetulan berita mengenai kumpulan pengganas itu disiarkan pada muka hadapan dan hari yang sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment