Write For Us

Rani Kulup hantar memorandum pada Jokowi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah merakamkan perhargaan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo di atas kesudian menerima permohonan maaf dari kerajaan Malaysia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29, pada Sabtu lalu.
Abdul Rani berkata beliau berharap agar isu itu tidak diperbesarkan dan dipolitikkan.
Beliau berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada wakil pegawai kedutaan Indonesia di Kedutaan Indonesia hari ini.
Memetik agensi berita Indonesia, Jokowi menerima permintaan maaf dari Malaysia berhubung isu itu.
"Iya dong, kalau permintaan maaf Malaysia (diterima)," kata Jurucakap Presiden, Johan Budi Sapto Prabowo.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment