Write For Us

Rani Kulup 'sound' Israel

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup turut hadir berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah penutupan Masjid Al-Aqsa.
Abdul Rani membidas Israel yang menutup masjid itu menyusahkan umat Islam hendak melakukan ibadat.
"Hey orang nak sembahyang jumaat, bukan nak buat kecoh dalam masjid. Apa pasal Israel bantah, orang nak beribadat kepada Allah.
"Tak boleh ke selesai benda ni, patutnya dunia Islam mestilah bersatu padu untuk kita hentikan keganasan Israel terhadap Islam bertahun-tahun," kata Abdul Rani dengan penuh bersemangat.
- Ribuan berhimpun bantah penutupan Masjid Al-Aqsa
Ribuan rakyat Malaysia hari ini berhimpun di luar perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi membantah penutupan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqadis.
Perarakan dari Masjid Tabung Haji bermula selepas solat Jumaat dengan peserta membawa sepanduk 'Selamatkan Palestin', 'Bebaskan Al-Aqsa' dan mengibarkan bendera Palestin.
Perhimpunan secara aman ini adalah anjuran Al-Quds Fundation Malaysia (QFM) dan Aqsa Syarif agensi dibawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta badan bukan kerajaan yang lain.
Turut hadir dalam perhimpunan secara aman ini ialah, Penasihat Umum Parti AMANAH Negara (AMANAH) Ahmad Awang, Pengerusi QFM, Dr Shariff Amin, Pengerusi MyCARE, Prof Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment