Write For Us

MGNews: Guan Eng Didakwa Menerima Suapan Bagi Dirinya Wang Berjumlah RM3.3 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
42 Views
Published
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu oleh seorang broker pernah menjual satu jam tangan mewah bernilai RM40,000 kepada seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Saksi itu, G. Rajan, dia telah membeli satu jam tangan mewah dengan harga RM20,000 dan kemudian menjualnya kepada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli pada harga RM40,000.

Jam mewah berjenama Maurice Lacroix dijual olehnya sekitar 2015.

Jelas saksi pendakwaan itu, dia mengenali Zarul Ahmad menerusi seorang rakan sekitar 10 tahun lalu dan ahli perniagaan itu telah memintanya untuk mendapatkan jam tangan mewah itu.

Ketika pemeriksaan balas peguam mewakili Guan Eng, Gobind Singh Deo, Rajan memdedahkan Zarul Ahmad kadang-kadang membeli jam tangan untuk kakitangannya dan kadang-kadang untuk dirinya sendiri.

Saksi itu juga bersetuju dengan Gobind bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan Guan Eng atau mempunyai hubungan dengan tertuduh.

Guan Eng sedang didakwa terhadap tuduhan pindaan menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion. -MalaysiaGazette


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment