Write For Us

MGNews: Penipu Resit Pasaraya Terbongkar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Tipu helah seorang pemuda yang memasuki pasar raya di Jinjang dengan tangan kosong sebelum keluar dengan barang yang dituntut menggunakan resit pelanggan lain akhirnya terbongkar.

Tindakan berani pemuda berusia 21 tahun itu dihidu oleh pasar raya tersebut sebelum suspek dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu daripada pihak pengurusan pasar raya berkenaan yang mula ragu dengan tuntutan lelaki berkenaan.

Kata Eng Lai, modus operandi lelaki berkenaan adalah mengutip resit daripada pelanggan lain di tempat letak motosikal sebelum masuk ke pasar raya itu untuk mencari barang yang tertera pada resit seperti lampin pakai buang dan susu formula bayi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment