Write For Us

MGNews: Seumur Hidup Tak Pernah Tinggal Solat Jumaat Lebih Setahun - Rakyat Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Ketika negeri lain telah beralih ke Fasa 2 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 8 Julai lalu dengan membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu dilakukan, Selangor merupakan satu-satunya negeri yang masih tidak berbuat demikian.

Salah satu sebab Selangor masih tidak membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu tidak lebih 150 jemaah disebabkan negeri itu masih mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dengan lebih 4,000 kes ketika ini.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati rata-rata orang ramai mengeluh sekatan itu masih dikenakan di Selangor sedangkan banyak sektor lain penyumbang kepada kes positif Covid-19 masih beroperasi seperti biasa.

Menurut Mohammad Faizan Mohammad Yahaya, 32, melahirkan rasa kesalnya kerana masjid dan surau masih tidak dibuka kepada orang ramai walaupun boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment