Write For Us

MGPerak : Anak Terkorban Bapa Mahu Surau Baharu Dinamakan Surau Al Fahmi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
TAPAH - Keluarga kepada salah anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu, menzahirkan harapan untuk nama Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dapat diabadikan pada bangunan baharu surau di Kampung Poh Tambahan, Bidor, dekat sini.

Bapa Allahyarham, Azhar Khaiden, 54, berkata, hasrat ke atas surau yang akan dibina itu telah disampaikan kepada Menteri Besar Perak ketika Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada majlis tahlil di kediamanya Sabtu lalu.

Katanya, sebelum ini dia sendiri telah membuat permohonan untuk pembinaan surau baharu itu kira-kira dua tahun lalu dan kini, dimaklumkan kerajaan negeri telah meluluskannya melalui peruntukkan RM400,000.

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment