Write For Us

Geng pecah masjid, surau tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Polis menahan tiga ahli Geng Wira terdiri suami isteri dan abang kepada wanita itu kerana terbabit dalam jenayah pecah masjid dan surau di sekitar Manjung.
Mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di tepi jalan di Segari selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, penahanan mereka susulan laporan kecurian diterima daripada Pengerusi Masjid Al-Falah Batu 16, Ayer Tawar, 1 Januari lalu.
Menurutnya, polis turut merampas peralatan pecah rumah dan sebuah Perodua Kancil, selain barangan elektrik antaranya televisyen, penghawa dingin, penyedut hampagas dan kipas.
Nor Omar berkata, saringan ujian air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah dan kedua-duanya juga mempunyai rekod jenayah.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment